Ciri-ciri Terrapene carolina carolina

Kura-kura ini mempunyai karapas (cangkerang belakang) yang tinggi dan bahagian bawah badannya (plastron) berengsel, membolehkan kesemua anggota badannya masuk ke dalam cangkerang. Karapasnya mempunyai pelbagai variasi warna, dari coklat atau hitam dengan corak belang atau tompokan berwarna kuning atau jingga. Warna kulitnya pula biasanya mengikut warna pada cangkerang, sama ada coklat, hitam dengan bintik-bintik kuning, jingga, merah atau putih. Warna ini menyerupai warna pokok tulip poplar yang gugur pada musim luruh. Sesetengah populasi, kura-kura jantannya mempunyai warna biru pada bahagian pipi, bawah leher dan kaki hadapan. Malah, biasanya jantan juga memiliki iris mata berwarna merah, manakala betina pula berwarna coklat. mereka mempunyai mulut berparuh, kaki yang gemuk serta lima jari pada setiap kaki hadapan dan empat jari pada bahagian belakang. Namun ada yang memiliki tiga jari sahaja pada kaki belakang. Bersaiz kecil, sekitar 4.5 ke 6 inci, dan terbesar pernah dicatatkan 7 inci. Haiwan yang dibela baik boleh hidup melebihi 100 tahun, berbanding yang hidup di habitat liar. Mereka terancam oleh penyakit dan pemangsa.[4]

Kura-kura Katup Timur di Florida

Kura-kura betina mempunyai plastron yang rata, manakala jantan pula melengkung ke dalam yang membolehkan mereka memanjat belakang betina semasa melakukan proses mengawan. karapas dan plastron disambungkan oleh penghubung yang fleksibel. Plastron yang berengsel membolehkan mereka melindungi diri sepenuhnya ke dalam cangkerang. Cangkerang mereka dibentuk oleh tulang yang mengandungi lapisan berkeratin. cangkerang ini kemudiannya berhubung dengan badannya secara langsung.

Cangerang yang cedera boleh mengalami pemulihan. Tisu bergranular perlahan-lahan membentuk keratin yang rosak dan menggantikan bahagian skut yang hilang atau luka. Tidak seperti Kura-kura Berwarna (Chrysemys picta), skut kura-kura katup terus membesar sepanjang hidupnya membentuk lingkaran. Kura-kura akuatik biasanya menyalin kulit skutnya semasa membesar.

Rujukan

WikiPedia: Terrapene carolina carolina http://www.bio.davidson.edu/people/midorcas/resear... http://herpcenter.ipfw.edu/index.htm?http://herpce... http://boxturtlesite.info/diet.html http://www.chelonia.org/articles/TerrapenecareSZ.h... http://www.cnah.org/pdf_files/851.pdf //doi.org/10.1656%2F045.021.0406 //doi.org/10.1674%2F0003-0031-165.1.137 //doi.org/10.2305%2FIUCN.UK.2011-1.RLTS.T21641A930... http://fossilworks.org/bridge.pl?a=taxonInfo&taxon... http://www.iucnredlist.org/details/21641/0